03 August 2007

Futsalthone STAIL

Sekolah Tahfiz Al-Islah akan mengadakan Futsalthone untuk pelajar-pelajar dan jemputan dewasa.

Tarikh : 12 Ogos 2007
Masa : 9 pagi - 2 petang
Tempat : Safira Sport Planet (Seberang Jaya)
Peserta :
1) 12 pasukan daripada para pelajar STAIL
2) 8 pasukan jemputan dewasa. (Isma Penang, Guru Stail, PIBG Stail, JIM SPU, Masjid At-Taqwa, RMH FC dan Bimb Seb Jaya)

Isma Pulau Pinang akan menghantar 1 pasukan untuk merebut Piala Sekolah Tahfiz Al-Islah.

Selain memberikan pendedahan kepada anak-anak stail, program juga bertujuan untuk mengutip dana pembangunan Kompleks Tahfiz Al-Islah yang terletak di Tasek Gelugor P.Pinang.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang dalam bentuk wakaf, zakat dan sebagainya boleh menghubungi terus ke Sekolah Tahfiz Al-Islah di talian 04-5732622 (Ust Ahmad Fahmi Abu Bakar - Mudir STAIL).

Sama-sama kita menyokong pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah untuk anak-anak kita.

0 comments: